Saturday, October 16, 2010

Sg Pisang or Pisang Fall ???

salam..

hari ni pergi mengembara. hahahaha. berlagak je lebih. benda yang aku rancang pada minggu lepas akhirnya menjadi. walaupun kurang segalanya, tapi 14 orang yang dpt ikut tu pn dh cukup meriah. apa yang kitaorg buat? ni la yg nk story.hehe. kita review dulu hari sebelumnya.

paginya aku dh risau. nk bt mcm mna, just ada 5 org je yg konfirm pergi. aku, iduan, amir, sheqa n q-en. alamak! mcm mna nk settle nie. setakat 5 org mmg x best r. then, didy, nurul & naz pn stuju nk follow. ada la 8 org. x ckup lg tu bg aku. msj lg yg len. dpatlah persetujuan hanisah dan syira. ok la dalam 10 org. rancangan diteruskan. termasuk bob ada la 11 org.

malamnya bob msj.ckap nk bt suprise dan suruh aku bwa pinggan kertas. aku ckap on je. dapat lg msj. dina nk follow gak. anyss pn x terkecuali nk ikut. msj bob balik ckap aku dh order makanan. msj punye msj, mkanan yg aku order tu sma lak dgn ape yg bob nk buat. sori bob ek. ko xleh bt suprise hari ni.

pagi perjalanan..zaiful pn ikut skali jugak. terbaek!!! time nk naik kereta, call la nisa. x jwab. call lg. x juga berjwab.hahaha. tinggal je la. aku,syira n sheqa stu kereta. satu kereta lain amir, zaiful, anyss dan dina. lg tu iduan, didy, nurul dan naz.bergeraklah kami 11 org ni menuju ke destinasi. q-en tggu kt sna. bob pn sma.

smpai kt sg pisang tu, bob bwa kwan dia skali. nma panggilan acap. lg rmai lg bgus.  time nk parking kereta, tiba2 je kna byar. aik bro nie. nk kebas duit kitaorg ke ape. tp kitaorang byar je la. mlas nk berkira dan bnyk ckap. msa tggu q-en, smpat la bergambar ckit.

nurul, didy, naz
anyss, syira dan dina

q-en smpai trus kitaorg gerak sebab bob ckap kt ats ada air terjun. nie smbl2 untuk bt fitness bg intec open. bermulalah perjalanan utk ke air terjun. jalan punyer jalan, kena seberang sungai lak. dalam x la sangat tp batu licin bnyk la. ktanye didy, mcm membantu mangsa bnjir. hahahaha.dr sini jugalah semangat berpasukan dpt dipupuk. nk tgk?


teruskan perjalanan lg. smpai part nie agk pelik la skit. kt dalam hutan pn ada terowong. terowong berkembar lg. mcm yg ada kt lebuhraya tu. tapi nmpk dlam gmbr stu je la. hahaha


smbung perjalanan. agk lma r merentas, air terjun msih x dijumpai. then bob n acap g survey ke depan lg. dia suh kitaorg tggu n mkan dlu. apa lg, melahap la. then, smpt lg kitaorg men frisbee kt situ. sekadar main bling2 je la.


bila bob smpai balik, dia ckap xde pe2 kt depan. agk kecewa di situ kerana air terjun tidak berjaya ditempuhi. tp berjya jugak untuk mndi mnda dan siap mkan mkanan terakhir iaitu kek, (sendiri masak ea). perasaan hampa msih menyelubungi ketika pulang ke shah alam. lepas 2, singgah umah zaiful jap.dapat mkan nasi ayam free. thanx bnyk2 utk zaiful. masa mkan, dina nmpk pelik. knapekah? dia terlihat lukisan air terjun di dinding dan percarian akhirnya terlerai. hahahahaha.

kek pisang dan kek carrot buatan q-en. thanx


Inilah sekadar cerita ringkas 1st trip kami semua bersama. kepada yg join, aku ucapkan terima kasih bnyk2. mungkin ini adalah kenangan terakhir bg aku sebelum keluar intec. hanya ni je yg aku mampu buat. bg yg x dpt join, mungkin still ada peluang utk bt mcm nie. skrg dh pkul 2 pg. esk ada training frisbee pkul 8. tido dlu la. mata pun dh kuyu untk melihat screen nie...tido dlu ea.

Wednesday, October 13, 2010

Life

salam..

tajuk simple giler kn. hahahahaha. Aku bru je hbis stu drma korea nie. tajuknye SNOW QUEEN. so,drpr citer nie aku dptlah sedikit ilmu. bukan mcm mna nk ngorat awek tau, tp tntg kehidupan kita nie. bila tgk satu-satu citer tu, janganlah sekadar tgk hero hensem ke or hanya sekadar tengok je.ambilah sedikit iktibar utk dijadikan panduan hidup. nie bukan pengajaran lg tau.hehe. ok2, jom start.

1. sesetengah orang bnyk mempunyai msalah dlm kehidupan seharian n ada diantara org-org tersebut mudah putus asa untuk menyelesaikan sebab dh tiada jalan penyelesaian. So, dalam citer nie tp cuma aku olah la, cuba anggap kehidupan ni sebagai matematik yg kita semua belajar officially dari pra-sekolah. setiap soalan dalam math ada jwapannya x kiralah sesusah mna soalan 2. kalau kita x dpt selesaikan hari ini, mungkin esk, lusa soalan 2 akn terjwab. cuma ia mengambil msa. kalau kita x dpt selesaikannya pn, mungkin ada org lain yg boleh. so, jgn mudah berputus asa or berasa sedih dgn apa yg kita hadapi ok.

2. dalam kehidupan nie, kita boleh menyukai seseorang dan terasa terluka dgn seseorang 2. konteks dalam nie adalah layanan. lyan je semua org dgn elok tp jgnlah menghrapkan apa-apa sebagai pulangannya. hanya layan orang-orang tersebut seadanya.

2 nie je la pengajaran yang aku dapat dr cerita nie. sekarang ni pun dh pkul 3 pg (waktu malaysia ok) n aku pn dh rsa ngantuk. daaaa~~~. tido dulu.

Sunday, October 10, 2010

GAGAL???

Salam..

dh lma rsanya x update blog nie.bukan xde msa, tp disebabkan kebosanan yg terlampau n xde idea. harap2 x berdebu n bersarang blog aku nie. aku ada satu persoalan nie je utk sume.

Pernahkah korg gagal???

aku?
pernah. pada hari result DSH kluar. itulah kali pertama aku rasa gagal. aku gagal untuk ke jerman n gagal untuk memenuhi harapan sume org.

hari ni aku sedar bila seseorg menceritakan kegagalan org lain. thanx ED. ko bnyk bt aku sedar ari nie.

time ko menceritakan tntg hal 2, aku semakin yakin yg aku x perlukan crita kegagalan org lain sebagai iktibar. bukan untuk berniat bongkak. tp bg diri aku, aku lebih suka mendengarkan crita kejyaan org lain untuk dijadikan sebagai modus operandi, betul ke aku taip nie???.  cerita kejayaan buatkan aku lebih bersemangat. aku yakin kali ini aku lebih bertenaga untuk mencapai impian dan matlamatku.

jom tido dlu. esk ada praktikal setelah cuti slama 5 hari.

Saturday, October 2, 2010

kasih sayang

salam..

sori lma x update. setelah 2 mggu berlalu, akhirnya got my lappy back. so,bleh la update banyak2. nie just simple update. copy dr msj yg aku matt( shairani) hntr ke fone aku. bca je la kisah nie ea.

         Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang.

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mna juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Ok. Kamu ikut apa yang cikgu suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang paling CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali dan pilih hanya SEKALI. Bila dah pilih, jangan dibuang untuk mengambil yang lain.


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya.

Cikgu : Kenapa tiada rumput dipilih?

Pelajar : Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik dan hanya sekali, maka saya pun terus berjalan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya x jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang dibelakang saya yadi rumput yang paling cantik tapi dah cikdu cakap x boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.

Cikgu : Itulah jawapannya. Maknanye apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kia sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kitapatut  hargai orang yang yang berada di depan kita sebaik-baiknya . Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Maupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik seperti rumput tadi.

nota kaki : agak teremosi juga apabila membacanya.

Friday, September 17, 2010

Macam-macam

waaaa..akhirnye dpt aku update blog ari ni. kerinduan terhadap blog nie akhirnya berjaya dilepaskan. bukan x nak update, tetapi keletihan yang menghalang. hari2 selepas last update bnyk sgt benda yang kena dibuat.

              1st thing. akhirnye kembali bermain futsal. dah lama rsanye aku x men futsal nie. sebelum ni lutut aku sakit. pergi jumpa dr, dh bt x-ray n dr suh aku berehat. katanye soft-tissue injury. injury nie hnya bleh dikesan guna MRI. kosnya agak mahal. tetapi disebabkan aku ni giler sukan, aku men frisbee je la ptg2. msti kbnykn korg x tau kan apa benda FRISBEE 2 kn. nanti r aku bt post tntg frisbee ye. kembali ke topik. futsal mcm nie slalunya jadi bila cg yasmin balik ke kelantan. beliau ni cikgu merangkap jurulatih bola sepak time aku sekolah menengah. juga seorg motivator n skrg dh terbitkan buku. terima kasih cikgu kerana perancangan mcm nie slalunye susah bila melibatkan rmai org.



              2nd. birthday adik bongsu aku. nanti dh besar bleh la dia berlagak ckit. knapekah? birthday dia 16hb sept n jatuh lak pada hari Malaysia. tarikh 2 kn dh diumumkan sebagai cuti umum. so, bleh la dia ckap tiap2 tahun. "birthday adik nanti adik bg cuti ea." sebelum  nie ayah aku ada buat mcm 2 gak sebab hari lahir sma dgn sultan kelantan- 30 mac. tetapi start tahun depan dh x boleh la sbb kelantan dh tabal sultan baru n hari lahirnya 6 oktober. SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR SULTAN KELANTAN, TUANKU FARIS PETRA. malam 15hb sept, ada la perancangan nk bt birthday party. tetapi bayangkanlah KFC di machang dh penuh. pas2 ke tanah merah lak. penuh jugak. last2, mkan nasi je kt umah. lg best. hahahaha.

bnyk lg peristiwa yg berlaku tp x tau nk update mcm mna. sepupu aku kahwin, atuk aku msuk wad. spupu aku bertunang. ape2 pn, cuti raye dh semakin ke penghujungnye. buku pula semakin dekat untuk diulangkaji. kepada adikku yg mengambil UPSR nti, gud luck sis. do your best. n kepada sesiapa lg yg akn exam UPSR, PMR n SPM, i wish u all the best. "Winning isn't everything, but wanting to win is" - Vince Lombardi.

semntara syawal msih ada, jom sma2 kita berpuasa enam.
p/s : lepas nie mungkin lg jarang update. adik aku akn pinjam my Lappy selama 2 minggu.

Monday, September 13, 2010

sWeET moments

salam.

letih tidak menghalangku utk update blogku ini. hari ini aku terpaksa bangun awal bcoz perancangan hari ini perlu dilakukan sejak awal pagi untuk mengelakkan kepala serabut drpd jem. bila dah bangun awal 2, fham2 la. aku ni anak teruna lagi. hehehe.

straight 2 the point. aktiviti 2 start pkul 2. bila planning start awl sgt, banyaklah masa free yang terhidang. so,pergilah beraya di rumah seorang cikguku ketika di sekolah menengah. sedih juga la nk bgthu result aku tp terpaksa tabahkan hati. bila dh luahkan,lega rsa hati ini. makan2 kat umah 2 sekejap. then dalam pkul 11, gerak ke zahhra arabian park, tok bali. tempat aktiviti 2 akan diadakan.

smpai je kt sana, x ramai ag saudara mara yang ada. ada je set karaoke kt situ untuk aku menyanyi sakan dan menghilangkan bosan tp terasa malu pulak sbb ni time raye. layan je la lagu-lagu raya yg dipasang. sambil dengar 2, buat kerja gak. kerja tiup belon. baru meriah majlis lau ada belon. hehehe. nak bukti? tggu ea.

waktu kemuncaknye bila semua dh ada. time 2, mkanan dilupakan. borak la yg penting. dh lma x jumpa kn. so, nk la tahu perkembangan antara satu sma lain. tp aku rsa itu untuk aku je kot. ape sebenarnya yg sweet moments 2?

dengan memenuhi ladang kuda, bergmbar bersama dan memerhatikan gelagat kanak2 bermain di pntai mebuatkan aku hepi sangat. perasaan happy yg pertma setelah 8hb 9-result exam aku diumumkan. nak je aku g tukar pkaian renang. da je buat sluar spare.tp memandangkan dh lewat, lupkan je la hasrat 2.
neway, hari nie dh megubah kembali hidup aku. aku nk jd Firdaus yang lama. yes!!!! jom layan gmbr.klik kt link fb nie. mlas nk upload gmbr balik.haha.

Sunday, September 12, 2010

Soalan Jibril kepada Kerbau, Kelawar dan Cacing

salam.

mcam mna dgn raya korg sume setakat nie? ok x? Hrap2 ok la kn.
td msa kemas bilik, terjumpalah satu artikel dalam newspaper..
jom baca untuk dijadikan satu penghayatan..

         Pada suatu hari, Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril menemui seekor kerbau dan meminta bertanyakan satu soalan kepada haiwan berkenaan. Jibril segera mematuhi perintah itu.


         Pada waktu siang yg panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai. Maikat jibril mendekatinya lalu bertanya : "hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau,".
         Kerbau menjawab: "Masya Allah! Alhamdulillah. aku  bersyukur kepada Allah SWT yg menjadikan aku sebagai seekor kerbau. Ini sgt berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yg mndi dengan air kencingnya sendiri."
         mendengar jawapan itu, Jibril segera pergi menemui seekor kelawar yg pada ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua.


          Kemudian Jibril bertanya: " hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah SWT sebagai sebagai seekor kelawar."
          " Masya Allah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada menjadikanku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah dan berjalan menggunakan perutnya," jawab si kelawar.
           Mendengar jawapan itu, Malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.


           Lalu Jibril bertanya kepada si cacing: "Wahai cacing yang kecil. Apakah kamu selesa dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing."
           Si cacing menjawab: "Masya Allah, Alhamdulillah! Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada menjadikanku sebagai seekor manusia.
           " apabila mereka tidak memiliki iman yg sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati, mereka akn diseksa selama-lamanya."

Ps: so kawan2.renung2kanlah dan pndai2 la fikir ea.

sumber: Harian Metro, 23 Mei 2010