Saturday, October 2, 2010

kasih sayang

salam..

sori lma x update. setelah 2 mggu berlalu, akhirnya got my lappy back. so,bleh la update banyak2. nie just simple update. copy dr msj yg aku matt( shairani) hntr ke fone aku. bca je la kisah nie ea.

         Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang.

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mna juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Ok. Kamu ikut apa yang cikgu suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang paling CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali dan pilih hanya SEKALI. Bila dah pilih, jangan dibuang untuk mengambil yang lain.


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya.

Cikgu : Kenapa tiada rumput dipilih?

Pelajar : Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik dan hanya sekali, maka saya pun terus berjalan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya x jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang dibelakang saya yadi rumput yang paling cantik tapi dah cikdu cakap x boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.

Cikgu : Itulah jawapannya. Maknanye apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kia sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kitapatut  hargai orang yang yang berada di depan kita sebaik-baiknya . Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Maupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik seperti rumput tadi.

nota kaki : agak teremosi juga apabila membacanya.

1 comment: