Sunday, September 12, 2010

Soalan Jibril kepada Kerbau, Kelawar dan Cacing

salam.

mcam mna dgn raya korg sume setakat nie? ok x? Hrap2 ok la kn.
td msa kemas bilik, terjumpalah satu artikel dalam newspaper..
jom baca untuk dijadikan satu penghayatan..

         Pada suatu hari, Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril menemui seekor kerbau dan meminta bertanyakan satu soalan kepada haiwan berkenaan. Jibril segera mematuhi perintah itu.


         Pada waktu siang yg panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai. Maikat jibril mendekatinya lalu bertanya : "hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau,".
         Kerbau menjawab: "Masya Allah! Alhamdulillah. aku  bersyukur kepada Allah SWT yg menjadikan aku sebagai seekor kerbau. Ini sgt berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yg mndi dengan air kencingnya sendiri."
         mendengar jawapan itu, Jibril segera pergi menemui seekor kelawar yg pada ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua.


          Kemudian Jibril bertanya: " hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah SWT sebagai sebagai seekor kelawar."
          " Masya Allah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada menjadikanku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah dan berjalan menggunakan perutnya," jawab si kelawar.
           Mendengar jawapan itu, Malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.


           Lalu Jibril bertanya kepada si cacing: "Wahai cacing yang kecil. Apakah kamu selesa dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing."
           Si cacing menjawab: "Masya Allah, Alhamdulillah! Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada menjadikanku sebagai seekor manusia.
           " apabila mereka tidak memiliki iman yg sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati, mereka akn diseksa selama-lamanya."

Ps: so kawan2.renung2kanlah dan pndai2 la fikir ea.

sumber: Harian Metro, 23 Mei 2010

No comments:

Post a Comment